Sebelum ini, trailer filem Sonic The Hedgehog menerima kritikan negatif daripada peminat berikutan watak Sonic yang tidak kelihatan serupa dengan watak dalam permainan video.

Malah, setelah dikritik hebat oleh peminat, pengarah filem ini iaitu Jeff Fowler mengatakan bahawa pihak Paramount dan Sega akan melakukan perubahan untuk menjadikan watak Sonic dalam versi yang terbaik. Pastinya untuk membetulkan semula ‘kesilapan’ yang dilakukan perlu mengambil masa.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan filem yang diinspirasikan daripada filem permainan video Sega, Sonic The Hedgehog dan sepatutnya ditayangkan pada November ini. Akan tetapi, setelah perkara sedemikian berlaku, tarikh tayangan filem ini adalah dijangka pada 14 Februari 2020.

Diharap versi yang sedang diperbetulkan ini akan memuaskan hati para peminat. Marilah kita sama-sama menantikan filem ini pada tahun hadapan.

Baca lagi: Paramount Ubah Kembali Rekaan Sonic Selepas Dikecam Peminat

Anda Mungkin Suka