Nampaknya ada yang nampak potensi pelakon Taron Egerton untuk memegang watak penting X-Men. Mark Millar, antara penulis disegani Marvel Comics membuat ramalan bahawa Taron bakal menggantikan Hugh Jackman sebagai Wolverine!

Ianya berikutan seorang peminat yang memuat naik gambar komik yang ditulis Mark di mana beliau secara tepat membuat ramalan Robert Downey Jr akan ‘menyertai’ dunia Marvel pada tahun 2002. Dalam komik berkenaan juga, Nick Fury versi Mark diambil inspirasi daripada Samuel L. Jackson, sama dengan versi MCU!

gagaga-671×377
HYPE
Kerana Sehelai Kertas, Hidup Syafie Naswip Berubah
Baca lagi →

Selepas kali terakhir Hugh Jackman muncul sebagai Wolverine, tiada sesiapa yang dilihat sesuai untuk memegang ini. Tetapi jika Marvel mahu mencari seorang pelakon yang masih muda dan boleh dibawa menerajui MCU Phase 4, Taron adalah salah seorang pelakon yang layak untuk disenarai pendek.

Antara sebab lain mengapa Mark Millar suka kepada Taron adalah kerana Mark merupakan penulis untuk siri komik Kingsman. Mungkin beliau nampak potensi Taron selepas lama berkarya untuk siri berkenaan.

Mungkinkah ramalan Mark sekali lagi akan tepat? Layakkah Taron memegang watak Wolverine? Jika anda rasa beliau hebat sebagai Eggsy dalam siri Kingsman, tunggu dan lihat pula persembahan beliau dalam filem biografi Elton John, Rocketman yang akan ditayangkan di pawagam pada 25 Julai 2019. Go Eggsy!

Anda Mungkin Suka