Wabak COVID-19 telah memberi kesan yang pelbagai kepada manusia. Ada yang takut, ada yang gusar dan ada pula yang mula berubah mencari Tuhan. Ia seolah hadir dengan kesan pada pelbagai garis kehidupan. Dari aspek sosial sehinggalah ke arah agama.

Manusia juga diajar untuk tetap bertahan di tengah peperangan dengan wabak ini. Kita juga dihidangkan dengan pelbagai protokal dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesyorkan beberapa kebiasaan baharu bagi meneruskan kelangsungan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang-orang yang meraba mencari Tuhan dalam kesusahan yang menimpa dunia datang dari pelbagai latar watak dan perwatakan. Seperti komuniti Tasawuf Underground yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Mereka merasakan bahawa COVID-19 benar-benar menguji mereka.

Kumpulan ini aktif melakukan aktiviti penyebaran ilmu dengan kumpulan sasaran mereka adalah anak-anak punk yang berada di sekitar jalan Jakarta yang bingit dan busuk. Misi utama mereka adalah mahu mendekatkan anak-anak punk dengan agama.

tasawuf-underground–2–tirto.id-andrey-gromico_ratio-16×9
Tirto ID

Tasawuf Underground ini kebiasaannya mengadakan aktiviti mereka di bawah Jambatan Tebet di Jakarta Selatan. Namun disebabkan wabak COVID-19, mereka terpaksa mencari jalan lain untuk memeluk anak-anak jalanan ini supaya lebih dekat dengan agama.

Salah seorang pengasas dan pengasuh komuniti ini, Halim Ambiya, berkata kepada BBC News Indonesia pada Isnin lalu bahawa mereka sedang mempersiapkan anak-anak ini dengan peta kehidupan. Supaya nanti anak-anak punk ini tahu bagaimana untuk mencari jalan kembali pada Tuhan dan keluarga.

tasawuf-underground–1–tirto.id-andrey-gromico_ratio-16×9
Tirto ID

Halim turut mengatakan bahawa Tasawuf Underground turut menjalankan program bagi memperkasakan rohani dan jiwa para jemaah. Ia dibuat dalam bentuk latihan perniagaan dan juga program untuk menghapuskan tatu secara percuma.

Dalam diam, rupanya kumpulan ini telah lama menarik minat anak-anak punk untuk duduk dan mendengar ilmu baharu. Seperti Hamdan, salah seorang ahli punk di tengah Jakarta. Dia memilih dengan rela hati untuk menyertai Tasawuf Underground.

01e6f8da-0d35-490b-a039-e89a575972dd
Kurio

“Pada mulanya saya masuk hanya untuk membuang tatu, tetapi saya terus menyertai kumpulan ini dan mengambil bahagian dalam majlis ilmu kerana penyampaian bahan yang berbeza,” kata Hamdan.

Dia mula aktif dengan Tasawuf Underground pada awal tahun 2020. Kini Hamdan adalah anggota tetap dalam komuniti tersebut.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Benarkah Remaja Punk Ini Presiden Indonesia Suatu Ketika Dahulu?

Melayu Dan Tatu, Sisi Pandang 2 Individu Muslim Terhadap Seni ‘Haram’ Ini Di Malaysia