Sering kita lihat tempat yang mempunyai tasik pastinya cantik dan indah belaka. Namun lain pula ceritanya pada kali ini di Tasik Nyos yang terletak di Cameroon ini yang sudah pun meragut lebih 2,000 nyawa.

Pada bulan Ogos tahun 1986, tasik ini telah meletus secara tiba-tiba. Letusan setinggi 90 meter itu dikatakan berpunca daripada kandungan karbon dioksida yang tinggi terkeluar disebabkan tekanan yang semakin meningkat dibawah permukaan air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian tersebut telah membuatkan tasik ini meletup dan menyebarkan gas yang mengakibatkan Tsunami kecil setinggi 25 meter dan menghentam beberapa kampung berdekatan.

Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan keesokkannya, seramai 1,746 orang dan lebih 3,000 haiwan mati akibat terhidu gas karbon dioksida yang keluar dari tasik tersebut.

Sumber: Facebook Alam de Paranormal
Sumber: Facebook Misteri de Paranormal

Menurut mangsa yang terselamat, Joseph Nkwain, pada malam kejadian, dia terhidu bau yang sangat busuk sehinggakan beliau tidak mampu membuka mulut dan bercakap serta berada dalam keadaan separa sedar lalu tidur.

Keesokkan harinya, beliau mendapati bahawa jiran tetangga dan anaknya telah mati disebabkan terhidu gas tersebut. Ramai tidak menyedari kehadiran gas beracun ini disebabkan gas ini tidak mempunyai warna dan bau.

Sumber: Facebook Misteri Alam de Paranormal

Menurut dokumentari National Geographic, Tasik Nyos merupakan kawah yang terbentuk daripada gunung berapi tidak aktif. Tasik ini telah menyerap gas karbon dioksida iaitu gas yang secara tidak sengaja mengalir keluar akibat kebocoran di bawah permukaan gunung berapi. Pada tahun tersebut, gas karbon dioksida melarut ke dalam permukaan tasik itu lalu mengakibatkan letusan gas berlaku.

Untuk memastikan peristiwa ini tidak berulang kembali, paip khas telah dibina untuk menyalurkan lebihan gas karbon dioksida dari tasik. Alat tersebut diletakkan di bahagian bawah terus ke permukaan tasik.

Sumber: Facebook Alam de Paranormal

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel lain yang berkaitan dengan bencana yang pernah menimpa penduduk sebelum ini? Klik pautan di bawah untuk membaca artikel berkaitan.

Selepas Seminggu, Gempa Bumi Landa Lombok Sekali Lagi

Lihat Peta Asia Tenggara Kejadian Gempa Bumi Dan Laluan Taufan Sepanjang 25 Tahun

6 Lokasi Ikonik Di Banda Aceh Yang Wujud Selepas Tragedi Tsunami