Kisah ini muncul kembali apabila dirinya diangkat menjadi muka depan sebuah majalah antarabangsa terkenal untuk isu September 2017. Setahun yang lalu, dia merupakan orang pertama di dunia yang berjaya mencapai 100 juta pengikut di Instagram meskipun waktu itu akaunnya dalam status hiatus.

Selena Gomez, pelakon dan penyanyi berasal dari Amerika Syarikat ini mula popular di Disney Channel telah memilih untuk hiatus selama sebulan daripada media sosial dan dunia selebriti pada tahun lepas kerana kesan sampingan Lupus yang dihadapinya termasuk anxiety dan depresi. Selena didiagnos dengan penyakit autoimun ini pada 2014.

Namun, Selenators, kumpulan peminatnya telah melakukan satu kempen #SelenaBreakTheInternet apabila bilangan pengikut Selena menghampiri angka 100 juta. Usaha tersebut telah meletakkan nama Selena sebagai orang pertama di dunia mencapai 100 juta pengikut. Ia turut disahkan oleh jurucakap Instagram.

Dengan kejayaan itu, Selena dipilih oleh majalah Time untuk projek “Firsts” yang menampilkan 46 orang wanita dalam pelbagai bidang yang mencapai kejayaan kali pertama dalam sejarah. Menurut Selena, apa yang ada pada dirinya sekarang ini adalah hasil daripada didikan dan panduan ibunya yang menyukai teater. Oleh kerana itu juga ia membuatkan Selena suka membuat orang ketawa dan tidak suka jika ada sesiapa yang kesedihan.

Selena turut menekankan kepentingan jadi diri sendiri di media sosial:

“I can’t imagine what it would be like to grow up with that. It’s already difficult to get up every day and just feel good about yourself without seeing the highlights of everyone else’s life. That’s why I like being vulnerable with my fans on social media. I like that they’ve seen my mistakes. I try to use that as a way to connect with them. That’s all I can do. I hope that they know that strength doesn’t mean that you have to put on a facade. Strength is being vulnerable.”

Walaupun Selena mengakui dia akan buang aplikasi dari telefonnya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dia menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan kebaikan, kebajikan dan pelbagai perkara yang dia rasakan penting dan mahu peminatnya tahu berkenaannya.

Dalam majalah Time ini Selena dinamakan sebagai “The Tastemaker” kerana menjadi orang pertama mencapai 100 juta pengikut Instagram. Gambar muka depan majalah Time ini pula diambil oleh jurugambar Brazil bernama Luisa Dörr yang hanya menggunakan iPhone sahaja.

Oh ya! Waktu artikel ini ditulis, jumlah pengikut Selena di Instagram telah mencecah 126 juta orang.