Tastemakers tampil dengan dua mesin arked baharu iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles dan Marvel Super Heroes. Pastinya anda yang gemar bermain permainan di arked akan teruja dengan berita ini.

Menariknya, mesin arked Teenage Mutant Ninja Turtles dilengkapi dengan dua permainan iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles (1989)  dan Turtles in Time (1991).  Manakala arcade Marvel Super Heros dilengkapi dengan tiga permainan iaitu Marvel Super Heros, X-Men Children of the Atom dan The Punisher.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga bagi arked Teenage Mutant Ninja Turtles adalah $349 (~RM1,453.06) dan harga bagi arked Marvel Super Heroes pula adalah $299 (~RM1,244.89) sahaja. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi mesin arked ini tersedia di pasaran masih belum diketahui tetapi dipercayai akan tersedia hujung tahun ini.

Sumber