Ramalan Taufan Lan yang disifatkan ‘sangat kuat dan besar’ dijangka membadai Jepun dua hari yang lalu nampaknya tepat. Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan itu bergerak pada kelajuan 252 kilometer (km) sejam merentasi lautan Pasifik menuju ke selatan Jepun menyebabkan negara itu kini berhadapan masalah hujan lebat beserta angin kencang.

Setakat ini, Taufan Lan telah membadai dua daerah iaitu di Kyushu dan Honshu. Dalam pada itu, pusat ramalan kaji cuaca turut melaporkan taufan kuat ini bakal menyerang ke bahagian barat Tokyo pula.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Reuters, kini sudah terdapat dua kes kematian telah disahkan termasuk beberapa kes melibatkan kecederaan ringan. Akibat itu, lebih daripada 70,000 isi rumah dipindahkan dan lebih daripada 300 penerbangan turut dibatalkan secara serta-merta.

Hujan angin berkelajuan 180 kilometer sejam berkemungkinan akan melanda seluruh Jepun. Penduduk setempat dinasihati agar berhati-hati ketika waktu pagi dan tidak terburu-buru bagi mengelak berlakunya kecederaan. Selain tanah runtuh, beberapa pengangkutan awam turut dilaporkan terjejas.

taufan lan

Pada bulan Ogos yang lalu, Taufan Noru berkelajuan 25 kilometer sejam yang membadai Pulau Honshu, Jepun telah menyebabkan dua orang terbunuh dan 47 lagi cedera. Apa yang membimbangkan, Taufan Lan kali ini 10 kali ganda lebih kuat berbanding Taufan Noru. Oleh itu, buat anda yang bakal ke sana di nasihati supaya berhati-hati dan peka dengan amaran terkini yang dikeluarkan pihak Jepun.

BACA JUGA: Lihat Rakyat Jepun Berlatih Untuk Elak Peluru Berpandu

Anda Mungkin Suka