Taufiq Hidayat, jaguh badminton Indonesia membuat pendedah mengejut apabila mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan sejumlah wang pada Sukan Asia Doha 2006 oleh seorang pegawai pasukan Malaysia untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir ketika bertemu Lee Chong Wei.

Perkara ini dinyatakan oleh Taufik kepada Raffi Ahmad, yang kemudian dimuat naik ke saluran YouTube Rasmi TV TRANS pada Sabtu lalu. Taufik mendakwa bahawa dia ditawarkan 400 juta rupiah (RM117,000), oleh seorang pegawai pasukan Malaysia untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir Sukan Asia Doha 2006 itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Seorang pengurus datang dan meminta nombor telefon, kami akhirnya bertemu. Ketika ditanya mengapa, dia berkata ‘bisakah kamu kalah dengan Lee Chong Wei?’ Itu sahaja,” kata Taufik.

“Dia bertanya berapa banyak bonus untuk Indonesia jika dia menang, dia bilang dia mahu menggandakannya, akhirnya aku mulai beremosi. Lalu aku berkata ‘bagaimana jika dia kalah, aku bayar?'” Kata pemenang pingat emas Olimpik Athena.

“Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu,” katanya.

Melalui laporan media tempatan, difahamkan bahawa Chong Wei terkejut dengan pendedahan tersebut dan beliau sudah pun menghubungi Taufik. Chong Wei berkata bahawa dia bersyukur bahawa Taufik mendahulukan maruah negara berbanding wang ringgit.

Memetik NST, difahamkan bahawa Chong Wei tidak berhasrat menamakan dan memalukan individu yang didakwa cuba mempengaruhi perlawanan antara dia dan Taufik itu. “Saya percaya kita semua harus ke hadapan. Saya tidak mahu menamakan atau memalukan sesiapa,” katanya.

Benarkah Lee Chong Wei miliki jumlah aset bernilai RM300 juta? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Lee Chong Wei Memiliki Jumlah Aset Bernilai RM300 Juta?

Lee Chong Wei Kongsi Kisah ‘Rare’ Bagaimana Badminton Menyatukan Rakyat Malaysia

https://www.thevocket.com/?s=Lee+chong+wei