Sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Khas PKR hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan bahawa beliau tidak sesekali melepaskan ‘tauke-tauke besar’ melarikan daripada membayar cukai.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar Ibrahim menyatakan tauke besar kini berada dalam ‘radar’ kerajaan demi memastikan golongan itu tidak terlepas daripada membayar cukai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kamu kaya berbilion-bilion (tetapi) cukai tak mahu bayar. Bawa lari (wang) ke luar negara dan minta saya jadi Perdana Menteri.

“Apa (harapan kamu) saya biarkan ini dan (hanya) kutip cukai daripada rakyat?

“Saya akan kutip cukai daripada rakyat, tetapi saya tidak akan lepaskan tauke-tauke dan maha kaya ini daripada membayar cukai,” tegas beliau.

Sumber Gambar: FB Anwar Ibrahim

Walaupun ada yang menggelar beliau ‘hilang akal’ kerana memberi tekanan kepada tauke besar, Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan tidak akan sesekali tunduk, apatah lagi membiarkan golongan itu melarikan wang yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk manfaat rakyat.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau sesekali tidak akan tergugat dengan pelbagai dakwaan yang menyatakan tindakan diambil terhadap individu tertentu sebagai berbaur politik.

Sebaliknya Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan kuasa politik perlu digunakan sebaik mungkin supaya individu atau pihak berpengaruh dapat diambil tindakan kerana terbabit dengan jenayah seperti rasuah.

“Selama ini kuasa politik itu melindungi penjenayah besar. Kuasa politik itu melindungi perasuah-perasuah besar. Kuasa politik itu memperkayakan beberapa kerat penguasa dan digunakan kuasa itu melindungi mereka dan menghentam rakyat.

“Jadi kita (Kerajaan Perpaduan) akan menggunakan kuasa (politik) itu melindungi rakyat dan menyerang perasuah,” katanya.

Sumber