RM1 Juta. Itulah jumlah saman yang akan difailkan sekumpulan penduduk di Napoh, Kedah terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohamed Sabur Batcha yang mencetuskan kluster Sivagangga sebelum ini.

Saman itu menurut Berita Harian akan difailkan pada minggu hadapan oleh penduduk dan pemilik kedai sekitar kawasan tersebut bagi menuntut kerugian yang terpaksa ditanggung mereka berpunca daripada kluster PUI Sivagangga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik restoran itu sebelum ini difahamkan menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19 di kawasan tersebut yang dikenali dengan kluster Sivagangga selepas mengingkari arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India.

Tindakan menyaman pemilik restoran itu menurut Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak.

“Sehingga semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

“Dijangka hari ini akan 50 penduduk lagi akan berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Rugi banyak

Penularan kluster Sivagangga di kawasan tersebut menurut beliau bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit sehingga RM14,000 seorang namun turut menyebabkan tekanan kepada mereka.

“Tindakan ini perlu diambil kerana penduduk mengalami tekanan bukan saja kerugian tetapi ada yang terasa dipulaukan malah orang luar tidak berani nak berkawan malah tidak boleh keluar bekerja.

“Ramai yang sudah kehabisan wang simpanan, baru saja hendak mula bekerja susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang pendapatan terjejas lagi,” katanya.

Jika saman tersebut difailkan oleh penduduk Napoh, maka ia akan menjadi kes mahkamah kedua dihadapi pemilik restoran di Napoh itu.

Beliau pada semalam telah dijatuhkan penjara lima bulan dan denda RM12,000 kerana mengingkari perintah kuarantin di rumah sebelum ini. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Pemilik Nasi Kandar Salleh Dihukum Penjara 5 Bulan Selepas Cetuskan Kluster Sivagangga

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

KKM Bimbang, Kluster Sivagangga Berkemungkinan ‘Super-Spreader’

Sumber