Mendaki gunung dan bukit bukan lagi satu trend kerana ramai yang sudah ‘ketagih’ dengan aktiviti ini. Bila sudah daki bukit Tabur, mahu cuba daki yang lebih tinggi. Lama-kelamaan, terus mahu cuba tawan gunung lain pula yang ada di Asia Tenggara.

Yang menjadi halangan sekarang ini untuk pergi mendaki gunung yang ada adalah kos serta mencari orang yang tepat untuk jadi guide kita di sana. Tetapi itu bukan masalah lagi kerana trip hiking dan pengembaraan akan jadi lebih mudah dengan Gununghub.

Gununghub adalah direktori untuk anda mencari trip hiking dan juga adventure, di mana terdapat lebih 50 destinasi untuk anda pilih. Lebih menarik adalah anda juga boleh memilih untuk customise trip anda mengikut citarasa anda sama ada mahu trip bajet atau pun trip all in.

gunungHub2

https://www.instagram.com/p/BssDJkrHB_v/

Gununghub adalah hasil idea Syafiq Shun yang juga seorang jurupandu arah gunung daripada Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) idea asal bagi memperkenalkan Gunung dan aktiviti lasak di Malaysia. Menurut Syafiq, boleh sahaja anda berurusan dengan orang tempatan di tempat yang anda mahu tuju tetapi ianya berisiko dan ramai yang sudah kena scam dengan individu tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, pasti ada yang pernah mendengar atau pertama kali mendengar tentang Gununghub ini. Jadi apa Gununghub ini sebenarnya? Gununghub adalah PLATFORM untuk anda mencari trip hiking dengan kerjasamana Persatuan/Syarikat Aktiviti/Organiser/Group Hiking di dalam Malaysia.

Mungkin ada yang akan bertanya apa perbezaan booking secara terus bersama Organizer atau melalui Gununghub? Jawapannya adalah anda boleh menempah Trip dengan Gununghub dengan harga dan servis yang SAMA. Tiada fi/cas perkhidmatan dikenakan kepada anda. Tetapi anda dapat melihat available trip sepanjang tahun dan promo setiap bulan di Gununghub supaya trip yang anda pilih bersesuaian dengan bajet serta timing(tarikh) yang anda mahu.

Gununghub Places
Antara lokasi yang boleh anda pilih di gununghub.com

https://www.instagram.com/p/BtSpvkhAqQA/

Gununghub bukan sahaja menawarkan trip gunung, malah aktiviti yang lain seperti Waterfall Expedition, Paragliding dan Water Rafting yang anda boleh pilih. Klik sahaja mana lokasi yang anda mahu, Gununghub akan bawa anda ke sana. Untuk pengetahuan anda, Setiap jurupandu yang disediakan oleh Gununghub berdaftar di bawah Persatuan Penganjur Aktiviti Lasak Malaysia (PPALM).

Apa pula benefit anda jika book trip dengan Gununghub?

✅Harga Yang sama dengan harga yang ditawarkan Organiser.
✅Servis yang ditawarkan hanyalah dari Organiser yang melepasi kriteria pemilihan Organiser kami dimana hanya organiser/operator terpilih dari kami.
✅Pembayaran yang selamat dan mudah (boleh book trip di website kami atau direct book di IG).
✅Polisi pemulangan wang yang adil dan telus kepada peserta mahupun organiser.
✅ Menjimatkan masa dan jaminan harga terbaik.
✅PROMOSI sepanjang tahun dan sepanjang masa.

Jika anda sudah rancang bersama rakan untuk mendaki gunung, boleh terus buat tempahan melalui www.gununghub.com atau jika anda mempunyai pertanyaan, boleh bertanya dengan saudara Syafiq di 017-2893509. Jangan lupa ikuti Instagram dan Facebook page gununghub untuk lihat trip yang available, Selain itu, terdapat info & tips menarik untuk anda di sana.