Umum mengetahui, gaji minimum telah dinaikkan sehingga RM1,200 dan isu gaji serta elaun masih menjadi bualan ramai kerana tidak semua orang dibayar dengan setimpal.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy telah kongsikan gambar memaparkan iklan jawatan kosong sebagai imam rawatib di sebuah masjid. Apa yang mengejutkan adalah elaun yang ditawarkan tidak sepadan dengan kelayakan diminta.

https://twitter.com/h_bakkaniy/status/1480478682116362240?s=21

Menerusi iklan tersebut, elaun ditawarkan hanyalah RM900 tetapi mahukan calon yang miliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya. Tidak hanya itu, mereka yang Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran atau miliki diploma dalam bidang Tahfiz al-Quran, pengajian Islam juga boleh memohon.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan elaun yang ditawarkan kerana tidak setimpal dengan kelayakan yang diminta.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan sewajarnya tawaran elaun ditinggikan kerana tugas seorang imam rawatib ini cukup besar. Mana tidaknya, waktu selain waktu solat juga akan dicari orang ramai untuk ‘consult’ perkara lain.

Menjadi bualan ramai, para netizen turut mengatakan hal seperti ini sering terjadi dan juga pekerjaan lain juga berdepan isu sama apabila tidak ditawarkan gaji yang setimpal dengan kelayakan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Rumah Mewah Atas Bukit Di Shah Alam Tular, Bakal Dijual Pada Harga RM17 Juta

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu

‘Orang Berniaga Dia Pun Nak Cuba’- Ameera Khan Dikritik Hebat Netizen Jual Kek Batik Kejung