Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan tawaran untuk dijangkiti COVID-19 secara berbayar, kini sebuah syarikat dari United Kingdom pula mencari ‘pekerja’ untuk menyertai eksperimen tidur berbayar mereka.

Dalam satu iklan yang dikeluarkan baru-baru ini, syarikat pembekal kelengkapan rumah Hillarys daripada United Kingdom membuka jawatan baru sebagai ‘Sleep Executive‘ .

Menjawat jawatan ini juga akan membolehkan anda dibayar dengan gaji sehingga 25,000 Pound atau lebih RM100,000.

hillarys

Bagaimanapun, menjawat ‘jawatan’ ini bukanlah bermakna anda hanya perlu tidur seperti yang biasa anda lakukan dan tidak membuat apa-apa kerja.

“Eksperimen ini akan mengkaji bagaimana cahaya dan bunyi boleh mengganggu tidur anda, jadi kami akan menguji dengan meletakkan calon di dalam keadaan tidur yang berbeza.

0_Hilarys

“Ini termasuklah menggunakan tirai gelap serta cahaya dan bunyi yang berbeza,” tulis mereka di iklan tersebut.

Menjelaskan lanjut mengenai eksperimen itu, para ‘pekerja’ ini juga akan dipakaikan alat pengawasan ketika mereka sedang tidur.

Ini adalah bagi menentukan bagaimana keadaan persekitaran yang berbeza seperti cahaya dan bunyi tadi memberi kesan kepada tidur mereka.

Bagaimanapun, untuk menjadi salah seorang ‘pekerja’ yang menyertai eksperimen itu, mereka yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu.

Walaupun nampak mudah, tetapi mereka yang berminat perlu memberikan sebab kenapa mereka adalah orang yang tepat untuk jawatan tersebut.

Jika anda masih tercari-cari kerja apa kata anda baca perkongsian kami sebelum ini mengenai NASA yang mencari pekerja dengan tawaran gaji sehingga RM200,00. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus

Neelofa Dilaporkan Terima Gaji RM279,375 Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia