Baru-baru ini tular video di media sosial dimana memaparkan pasangan pengantin meluahkan rasa kecewa apabila pihak katering dipercayai menipu mereka ketika hari majlis.

Difahamkan, tempahan pakej katering yang ditempah sebanyak 700 pek hanya diberi tidak kurang daripada 50 pek pada hari majlis perkahwinan mereka. Kecewa dengan tindakan katering, pengantin wanita tidak dapat menahan kesedihan sebelum ditenangkan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Susulan itu, seorang perancang majlis perkahwinan telah ditahan pihak polis dipercayai telah melakukan penipuan dengan menawarkan pakej perkahwinan bajet serendah RM8 sekepala kepada bakal pengantin baru.

Menurut laporan, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan bahawa wanita berusia 50-an itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan selepas menerima 10 laporan membabitkan pengusaha katering berkenaan dengan kerugian sebanyak RM53,380.

Difahamkan, modus operandi wanita itu bermula apabila dia menawarkan pakej terlampau murah dan ketika hari majlis perkahwinan barulah mangsa menyedari makanan yang ditempah tidak dihantar atau kurang selain basi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Nasib Baik Ada Kawan’ – Pemuda OKU Hampir Jatuh Selepas Laluan Ke PBAKL Dihalang Gerai Di Kaki Lima

Tersasul Sebut RM500 Juta, Lafaz Akad Nikah Pengantin Ini Buat Netizen Terhibur