Mohd Saifullah Halim yang berusia 22 tahun tawarkan perkhidmatan menyembur racun dan baja dengan menggunakan dron. Untuk pengetahuan anda, pada mulanya beliau hanya menggunakan dron tersebut untuk kegunaan sendiri di sawah milik keluarga tetapi kini ia telah menjadi sebagai kerjaya.

Beliau berasal dari Kampung Paya Nedam, Pendang, Kedah yang juga merupakan bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) menerima permintaan daripada pesawah di sekitar Pendang, Alor Setar dan Yan.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →
1aaf

Sumber: Bernama

Berikutan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatannya itu terutama sekali musim menanam padi, beliau mampu menjana pendapatan RM5,000 sebulan. Difahamkan, beliau mula menawarkan perkhidmatan dron sejak awal tahun lalu kerana ia mampu meringankan beban pesawah dan mempercepatkan proses menyembur racun serta baja.

Tambahnya, setiap hari beliau dan pembantunya mampu melakukan semburan di kawasan seluas sehingga 10 hektar sawah dengan upah antara RM12 hingga RM20 bagi setiap 0.29 hektar. Kini, Saifullah juga telah mengambil dua pekerja untuk membantunya melakukan kerja dan membeli satu lagi dron.

753d

Selamat maju jaya diucapkan kepada Mohd Saifullah dan semoga hasil usahanya dapat membantu lebih ramai lagi pesawah. Ini pastinya boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anak muda di luar sana untuk mencuba ceburi bidang yang berbeza sebagai kerjaya.

Kami kongsikan beberapa artikel menarik untuk anda baca yang mungkin boleh jadi inspirasi buat anda. Klik sahaja pautan di bawah ini. 

https://www.thevocket.com/hanya-jual-ayam-goreng-rm1-peniaga-ini-raih-keuntungan-rm15000-sebulan/

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Hanya Jual Perabot Terpakai Di Kedah

Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Pendapatan Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari

Anda Mungkin Suka