Jarang-jarang jenama besar membuat potongan harga sebanyak 50% untuk semua barangan di dalam kedai tetapi itulah yang dibuat oleh adidas Malaysia bermula Sabtu lepas.

Sempena Hari Ibu Sedunia, adidas Malaysia membuat tawaran khas potongan harga 50% untuk semua barangan di dalam kedai termasuklah untuk model terkenal seperti UltraBOOST.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

3 days special at the Adidas. 50% sales for all items till 11th May. Same promotion also happening at Mid Valley

Posted by Malaysia Atrium Sale on Saturday, 9 May 2020

adidas

Bacaan suhu serta jarak 1 meter antara pelanggan yang beratur antara langkah keselamatan di butik adidas

Tawaran ini cuma berlangsung 3 hari sahaja dan akan berakhir hari ini. Walaupun ramai yang menyerbu butik adidas di serata Malaysia, tetapi faktor keselamatan pelanggan tetap menjadi keutamaan adidas.

Hanya 30 pelanggan dibenarkan berada di dalam butik (bergantung pada saiz butik) pada satu-satu masa dan suhu akan diambil sebelum anda dibenarkan masuk ke dalam butik.

Sekiranya anda masih belum ada kasut raya dan teringin untuk pakai UltraBOOST pada harga murah, ini peluang anda. Jangan lupa bawa topeng muka dan jaga jarak ketika beratur.

Uniqlo juga sudah menjual Baju Melayu yang selesa khas untuk Hari Raya ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Uniqlo Kembali Dengan Koleksi Baju Melayu Selesa Untuk Lelaki

Selepas 5 Tahun, adidas Hasilkan Kembali Model UltraBOOST 1.0 ‘Triple White’

adidas Malaysia Mula Jual Sandal Adilette BOOST Yang Dijamin Selesa

Anda Mungkin Suka