Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

LEGOLAND Malaysia mula menerima kembali kunjungan rakyat Malaysia sejak dibenarkan kembali operasi oleh pihak kerajaan (ditutup sepanjang PKP) dan jumlah pengunjung yang hadir pada hari pertama juga sangat memberansangkan.

Kemeriahan tersebut dirakam oleh pihak pengurusan LEGOLAND Malaysia. LEGOLAND Malaysia sentiasa mementingkan keselamatan para pengunjung dan setiap SOP telah dilaksanakan dengan teliti oleh pihak pengurusan.

Pada ketika ini, operasi LEGOLAND Theme Park dan LEGOLAND Hotel berjalan seperti biasa tetapi operasi LEGOLAND Water Park kekal ditutup mengikut saranan kerajaan.

Sempena pembukaan semula LEGOLAND Malaysia, pelbagai promosi menarik diperkenalkan kepada pengunjung. Promosi beli 1 tiket percuma 1 tiket dan tempahan 1 malam percuma 1 malam antara promosi hebat yang sedang berlangsung di LEGOLAND Malaysia. Untuk melihat promosi lain yang sedang berlangsung, klik di sini.

“Kami tahu rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk kembali travel. Di LEGOLAND Malaysia, kami telah bersedia untuk menawarkan promosi menarik untuk keluarga bermalam di sini. Bukan itu sahaja, promosi untuk set LEGO di butik kami juga akan berlangsung.

Dari segi keselamatan, safety & hygiene sentiasa menjadi keutamaan kami dan pengunjung boleh melihat protokol dan perubahan operasi di resort kami,” kata C.S. Lim, Divisional Director di LEGOLAND Malaysia Resort.

Antara SOP yang diperkenalkan di LEGOLAND pada ketika ini adalah limit 30% pengunjung sahaja pada satu-satu masa, saringan suhu sebelum masuk, pembersihan tempat dengan kadar lebih kerap dan banyak lagi.

Ini merupakan promosi yang jarang dibuat dan promosi ini cuma ditawarkan untuk tempoh masa terhad sahaja. Sekiranya anda sudah rindu atau kali pertama untuk ke sana, ini adalah waktu terbaik kerana selain anda dapat berjimat, anda dapat mengembirakan keluarga dengan bawa mereka jalan-jalan di sini.

Ini beberapa bacaan lain berkaitan LEGO. Klik pada pautan di bawah.

Lihat Honda Civic Type R Yang Berjaya Dihasilkan Menggunakan 320,000 Bongkah LEGO

LEGO Sindir Tesla Cybertruck Dengan Jaminan Cermin ‘Kalis Retak’

Jenama LEGO ‘Copy Ori’ China, Lepin Akhirnya Tumpas

Anda Mungkin Suka