Umum mengetahui bahawa AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had bernilai RM399 sahaja. Mesti ramai daripada anda yang tertanya-tanya, apa pas penerbangan tanpa had ini.

Macam ini sebenarnya, anda yang beli pas penerbangan tanpa had ini anda boleh terbang ke 16 destinasi di Malaysia tanpa had pada bila-bila masa. Anda cuma perlu bayar RM12 sahaja untuk cukai dan yuran kerajaan.

photo_2020-06-12_11-42-31

Apa yang anda boleh ‘expect’ dengan membeli pas penerbangan tanpa had ini adalah anda perlu mencari tarikh penerbangan yang ditulis 100% diskaun barulah anda dapat menempah dengan perlu bayar RM12 sahaja.

Oleh itu, kami telah pun dapatkan pas penerbangan tanpa had ini dan mencuba membeli tiket penerbangan ke destinasi pilihan kami. Ternyata, mudah sahaja untuk mencari tarikh yang boleh menggunakan pas penerbangan tanpa had ini.

Ayuh kami kongsikan tip untuk anda mencari tarikh penerbangan menggunakan pas penerbangan tanpa had dengan mudah. Jom mulakan!

1. Tebus dahulu voucher dan copy kod voucher dahulu sebelum mula mencari tarikh. *P/s: kod voucher boleh generate banyak kali.

2. Elakkan hujung minggu tetapi cari tarikh weekday.

photo_2020-06-12_11-42-35

3. Diskaun 100% itu anda dapat lihat pada dan tarikh dan masa penerbangan sahaja.

4. Selepas jumpa tarikh yang anda inginkan, apa lagi tekan check out untuk secure tiket penerbangan anda.

Screenshot 2020-06-11 at 9.31.33 PM

Screenshot 2020-06-12 at 1.06.18 PM

Screenshot 2020-06-12 at 1.07.47 PM

Mudah sahaja, bukan? Buat anda yang ingin dapatkan pas penerbangan tanpa had ini, pastikan cepat dapatkan di sini kerana tawaran ini akan tamat esok! Adalah diingatkan bahawa promosi ini khas untuk ahli Big di Malaysia.

Sebelum terlupa, anda boleh menggunakan pas penerbangan tanpa had ini untuk penerbangan 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021. Pas ini juga hanya sah digunakan untuk pemilik pas sahaja dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.

P/s: Anda boleh membayar cukai dan yuran kerajaan RM12 itu dengan menggunakan kredit akaun AirAsia anda. Lebih mudah jika anda membuat pembayaran menggunakan dompet digital AirAsia iaitu BigPay.

Anda yang belum ada kad BigPay boleh daftar dan menggunakan refferal code 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

Sementara itu, buat anda yang tidak tahu akan promosi pas penerbangan tanpa had ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Tawar Promosi Pas Penerbangan ‘Unlimited’ Berharga RM399 Bermula Esok

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

‘Check-In’ Hotel, Ini Langkah Pencegahan COVID-19 Yang Perlu Anda Lakukan