Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kehidupan semua orang sudah tidak sama lagi. Malah, banyak negara masih belum membenarkan kemasukan pelancong ke dalam negara mereka bagi tujuan melancong.

Terletak di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya, Taman Persahabatan Malaysia-China akan membawa anda seperti berada di China. Tanpa perlu ke China, anda dapat berasa seolah-olah anda berada di sana.

Difahamkan, Taman Persahabatan Malaysia-China dibina untuk memperingati 40 tahun persahabatan antara Malaysia dan China pada tahun 2017 tetapi tidak ramai yang tahu kewujudan taman ini.

Taman ini direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ dan lengkap dengan elemen Cina seperti gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan. Setiap sudut di taman ini sangat ‘Instagrammable’ untuk anda yang gemar bergambar.

Taman Persahabatan China-Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 0.24 hektar di tapak kekal FLORIA yang membabitkan kos RM1.5 juta. Bagi anda yang belum pernah ke sini, bolehlah singgah untuk melihat keunikan seni bina China dan bersantai bersama keluarga di taman ini.

Jika anda mahu terjah ke Jepun pula, boleh ke Taman Persahabatan Selangor-Jepun. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Di Shah Alam Dibina Berkonsepkan Seni Bina Jepun

Cuma 24km Dari Kuala Lumpur, Resort Taman Rimba Komanwel Rawang Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung

Anda Mungkin Suka