Dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Menteri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tempoh hari, beliau menyatakan kerajaan bercadang untuk menurunkan had harga rumah di bandar yang boleh dibeli warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 hanya terpakai kepada unit kondominium dan pangsapuri sedia ada yang masih tidak terjual.

Walau bagaimanapun, cadangan berkenaan bakal dilaksana untuk tempoh satu tahun sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu laporan daripada Bernama, berkata ia hanya melibatkan 3,938 unit kediaman seumpama itu yang masih belum terjual.

Sumber: The Malaysian Insight

Menurut beliau lagi, cadangan berikut hanya untuk tempoh satu tahun sahaja, bermula dari bulan Januari sehingga Disember 2020 untuk pangsapuri dan kondominium di bandar.

“Ia juga untuk rumah yang dah siap, bukan rumah yang belum siap. Ada spekulasi pemaju akan buat rumah lagi (untuk pembeli warga asing). Ini tidak masuk akal kalau Jabatan Perumahan Negara hendak meluluskan perkara demikian,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat semalam bagi pihak kementeriannya.

Tambah Zuraida, pelaksanaan cadangan itu diharapkan sedikit sebanyak dapat memulihkan kedudukan kewangan pemaju agar mereka boleh terus terlibat dalam pembinaan rumah mampu milik.

Zuraida meminta semua pihak tidak risau kerana jumlah pemilikan rumah oleh warga asing bagi tempoh Januari hingga Jun lepas amat rendah iaitu 398 orang (0.4 peratus) berbanding pemilikan oleh rakyat Malaysia iaitu 99,524 orang (99.6 peratus).

Satu kajian yang dijalankan oleh Demographia International mendapati rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Harga Rumah Di Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik Menurut Bank Negara Malaysia

Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia

Sumber