Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model terbaru iPhone serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Promosi yang dijalankan bermula hujung Februari ini nampaknya bakal berakhir 5 hari sahaja lagi pada 25 Mac 2017.

Melalui promosi terbaru daripada Apple, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 7 128GB pada harga yang sama seperti iPhone 7 32GB iaitu RM3199. Begitu juga dengan Apple iPhone 7 Plus 128GB dan 256GB yang turut dijual dengan harga yang lebih rendah. Buat anda yang baru sahaja membeli iPhone 7 32GB, anda mungkin menyesal dengan promosi terbaru Apple ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Promosi ini dijalankan di seluruh kedai pengedar rasmi Apple Malaysia termasuk Switch dan Machines. Turut disediakan buat pengguna yang ingin membeli secara online.

Memandangkan promosi ini tidak ditawarkan pada model 32GB, anda masih boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah berbanding retail di Lazada. Nak tahu apa lagi best shopping di Lazada? Mereka turut menawarkan harga yang lebih rendah buat sesetengah model yang sudah dalam harga promosi. Awesome!

Berikut merupakan pautan pembelian Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus beserta harga bagi setiap model dengan harga promosi Lazada:

Apple iPhone 7 32GB: (Sebelum; RM3199), (Selepas; RM2840)
Apple iPhone 7 128GB: (Sebelum; RM3699), (Selepas; RM3179)
Apple iPhone 7 256GB: (Sebelum; RM4199), (Selepas; RM3579)

Apple iPhone 7 Plus 32GB: (Sebelum; RM3799), (Selepas; RM3599)
Apple iPhone 7 Plus 128GB: (Sebelum; RM4299), (Selepas; RM3739)
Apple iPhone 7 Plus 256GB: (Sebelum; RM4799), (Selepas; RM4199)

Sememangnya masa yang sangat sesuai untuk anda mendapatkan model terbaru iPhone dengan harga yang rendah memandangkan tawaran seperti ini tidak selalu dilakukan Apple.

Jangan lupa, ikuti Telegram Vocket untuk tidak terlepas konten-konten terbaru Vocket serta penawaran promosi barangan-barangan hot yang dijual dengan harga yang lebih rendah.