Sejak tahun lalu dapat dilihat Telekom Malaysia semakin aktif dalam menawarkan pelan internet yang berbaloi buat para pengguna. Antara pelan yang mendapat sambutan ramai adalah pakej Unifi Mobile 99 yang hadir dengan harga serendah RM59 sebulan.

Ditawarkan dengan harga serendah RM59 sebulan, para pengguna berpeluang menikmati panggilan tanpa had, data tanpa had, dan SMS tanpa had. Selain itu, para pengguna turut ditawarkan data 10GB LTE untuk kegunaan hotspot. Berbaloi bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

unifimobile-99-950×572

Berita baik buat anda yang belum melanggan Unifi Mobile 99, pakej ini yang sebelum ini dimaklumkan bakal tamat pada 31 Disember 2019 telah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 membolehkan lebih ramai orang mampu melanggannya.

Pakej Unifi Mobile 99 ini hadir dengan kontrak 12 bulan buat pelanggan yang mendaftarnya. Lebih menarik, TM turut mengekalkan harga yang sama selepas 12 bulan penggunaan. Sekiranya anda mencari pakej data tanpa had dengan harga yang berbaloi, Unifi Mobile antara yang berbaloi untuk dicuba. Klik di sini untuk mendaftar dengan mudah.

Sebelum ini, TM turut memperkenalkan pelan unifi 30Mbps dengan langgan sebulan percuma berharga RM89 sahaja.

TM Perkenalkan Pelan unifi 30Mbps Dengan Langganan Sebulan Percuma Berharga RM89

TM Bakal Tawarkan Pelan Unifi Air Berharga RM79 Dengan Kuota Tanpa Had

Sumber