Bermulanya musim baharu bola sepak Eropah bermakna hadirnya game bola sepak terbaru daripada EA Sports iaitu FIFA 21. Game bola sepak terbaru yang dilancarkan pada bulan ini bukan sahaja menawarkan penggunaan stadium serta kit yang baharu malah turut menyajikan perubahan yang sudah lama didambakan peminat siri FIFA.

Seperti siri FIFA sebelum ini, pastinya para peminat ingin mengetahui lebih lanjut apa yang menarik ditawarkan EA Sports sebelum mendapatkannya. Ikuti lebih lanjut untuk mengetahui perubahan yang ditawarkan pada siri terbaru ini.

Ditawarkan pada semua platform termasuk PlayStation 5

fWKXAAGz4Cinf5TcVyByfL-1200-80
Sumber: Games Radar

Menerusi pengeluaran FIFA 21, game ini sedia ditawarkan pada platform Xbox Series X and Series S, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC.

Bukan itu sahaja, anda juga sudah berhajat untuk mendapatkan konsol terbaru Sony iaitu PlayStation 5 berpeluang menerima upgrade secara percuma menerusi pembelian di PlayStation 4.

Career Mode diberi nafas baru

Berita baik buat peminat Career Mode. Menerusi FIFA 21, francais ini telah menawarkan pembaharuan terbaru baik dari segi gameplay mahupun daripada cara anda menguruskan pemain dengan lebih interaktif.

Sebuah lagi pembaharuan terbaru yang kami jangkakan ramai akan menyukainya adalah penawaran fungsi mengubah posisi dan taktikal bersesuaian dengan formasi pilihan anda. Anda sebagai manager juga berpeluang membuat pembelian atau pinjaman pemain dengan lebih realistik pada siri kali ini.

Gameplay yang lebih realistik

Sekiranya gameplay adalah keutamaan anda dalam sebuah game bola sepak, FIFA 21 pastinya menjadi pilihan. Menerusi FIFA 21 yang baru sahaja dilancarkan, anda berpeluang mengawal pemain serta mengatur serangan dengan lebih mantap.

Seperti taktikal yang diatur, pemain atau AI juga turut diberi kemas kini dimana para pemain lebih cekap baik dari segi attacking mahupun defending.

Mode yang menjadi pilihan ramai iaitu Ultimate Team turut menawarkan perubahan terbaru dimana anda berpeluang bermain secara Co-op bersama rakan anda. Pastinya kerjasama yang hebat diperlukan dalam usaha mengalahkan pihak lawan menerusi perlawanan 2 vs 2.

Tarikh pelancaran FIFA 21

fifa-21-grid-tile-generic-16×9.jpg.adapt.crop191x100.1200w

FIFA 21 sedia untuk ditawarkan secara rasmi pada semua platform bermula 9 Oktober 2020. Para peminat berpeluang mendapatkannya secara fizikal mahupun muat turun secara digital.

Apa tunggu lagi? Demam FIFA sudah bermula. Ayuh! siapkan pasukan terbaik Ultimate Team anda untuk bertarung bersama para pemain lain seluruh dunia. Klik di sini untuk menjadi yang terawal memiliki FIFA 21.

Pada tahun lalu, FIFA 20 berjaya mengembalikan fenomena street football yang dirindui mereka dalam permainan mereka.

FIFA 20 Sah Akan Hadir Dengan Permainan ‘Street Football’

Liga Malaysia Di Tempat Ke-5 Dengan Undian Tertinggi Untuk Muncul Dalam FIFA 20