Mulai dilancarkan pada September tahun lalu, siri iPhone 14 sememangnya produk yang menjadi rebutan serta releven untuk didapatkan sehingga kini.

Menariknya, model yang sarat dengan spesifikasi hebat dan fungsi ini sedia ditawarkan dengan harga promosi bermula hari ini di mana para pengguna berpeluang mendapatkannya dengan harga sehingga RM650 lebih rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak empat model daripada siri iPhone 14 sedia ditawarkan menerusi pengedar rasmi Apple iaitu Machines dengan harga diskaun terdiri daripada iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Para pengguna boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM3,349 sahaja.

Bukan itu sahaja, pembelian secara dalam talian menerusi platform Shopee membolehkan pengguna menebus baucar diskaun sehingga RM100.

Dalam erti kata lain, sekiranya anda mahu mendapatkan siri iPhone 14, mungkin ini masa terbaik untuk mendapatkannya di mana anda berpeluang mendapatkan antara telefon pintar terbaik pada ketiak ini dengan harga yang lebih rendah.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkannya boleh layari laman rasmi Shopee Machines untuk mendapatkan siri iPhone 14 dengan harga diskaun dan berbaloi. Klik di sini untuk mendapatkannya.