Setiap tahun JPJ setiap negeri akan membuat sesi lelongan untuk pelbagai jenis kenderaan yang terdiri daripada kereta sedan, kereta sport, SUV, MPV dan motosikal cc kecil, mahupun cc besar.

Dalam video terbaharu yang dikongsikan melalui TikTok @jpjpahang telah mencuri perhatian netizen. Terdapat 42 jenis motokar, MUV sebanyak 27 buah dan motosikal pula 24 buah bakal dilelong kepada orang awam pada akhir bulan Mei ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@jpjpahang

LELONGAN AWAM KENDERAAN SITA DI JPJ PAHANG PADA 30.05.2023 #jpjpahang #wargakuantan #hondaintegra #subaruwrx #keretalelong #jpjmalaysia #restorekereta

♬ Mexico Cruise (Interlude) – DJ Zone

Antara motokar yang mencuri perhatian di dalam video berkenaan adalah barisan kereta sportcar iaitu sebuah Nissan Fairlady berwarna oren, dua buah Honda Integra berwarna merah dan biru, dua buah Subaru berwarna biru dan hitam.

Antara kereta lain yang juga kelihatan dalam video itu beberapa buah Honda Jazz, Accord, Odyssey, City, dan Civic.

Manakala antara motosikal yang akan dilelong pula terdiri daripada model Yamaha Lagenda, Honda Wave Dash serta EX5.

Sumber Gambar: TikTok @jpjpahang
Sumber Gambar: TikTok @jpjpahang
Sumber Gambar: TikTok @jpjpahang

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kenderaan-kenderaan yang bakal dilelong itu, pemeriksaan awam akan dibuat pada 24-16 Mei 2023.

Manakala sesi lelongan awam kenderaan sita akan dibuat di JPJ Pahang pada 30 Mei 2023.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.