Anak muda sekarang tidak kisah untuk bekerja apa pun asalkan mereka dapat menampung perbelanjaan harian. Malah, rasanya ramai juga yang perasan akan iklan pekerjaan secara separuh masa dengan syarat aktif di mana-mana media sosial.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @bumilangit telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan tentang kerja yang ditawarkan itu. Pekerjaan tersebut nampak mudah tetapi ada sesuatu disebaliknya yang anda tidak tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/bumilangit/status/1230349852610945024

Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah menghubungi pihak yang mengiklankan pekerjaan tersebut. Menurut pihak tersebut, anda yang berminat hanya perlu promosikan produk dari LG di media sosial.

https://twitter.com/bumilangit/status/1230349897905258496

Akan tetapi, syarat untuk sertai kerja ini adalah anda perlu beli produk LG secara ansuran RM290 dan tidak dinyatakan berapa lama kena bayar. Jika tidak mahu bayar, anda harus cari downline atau orang untuk beli produk yang sama dan perkara ini akan berterusan. Kiranya seperti skim piramid atau multi-level marketing!

https://twitter.com/bumilangit/status/1230349924505546758

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan ada juga yang pernah sertai pekerjaan ini tetapi disebabkan tidak yakin lalu bertindak berhenti.

https://twitter.com/safwano_/status/1230371712656535552

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Pastinya isu yang berkaitan dengan skim piramid dan sebagainya ini sering terjadi serta anda yang pernah ‘terkena’ dahulu sudah serik akan hal ini.

Sementara itu, anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan ‘scam’ yang pernah disiarkan di The Vocket. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Terpengaruh Dengan ‘Scam’ Bitcoin, Lelaki Ini Terpaksa Menanggung Rugi Sebanyak RM1.3 Juta

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Gaji RM3,000 Tidak Cukup Buat Golongan Muda Sekarang

Sumber