Umum tahu sekiranya sesebuah permainan video dihasilkan di luar negara, amat tipis sekali peluang untuk kita melihat watak dalam permainan yang berasal dari Asia Tenggara.

Namun tidak bagi permainan Hyper Scape yang bukan sahaja menampilkan watak dari Malaysia malah watak yang diperkenalkan adalah wanita dengan penampilan berhijab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

hyper-scape

Mengulas lanjut mengenai karakter yang dinamakan Ubisoft sebagai Noor Casulink atau nama sebenarnya Noor Azimah Yusof, karakter ini tampil dengan biodata berusia 23 tahun serta berasal dari Pekan, Pahang.

Karakter ini tampil dengan gaya hijab menerusi penggayaan turban berwarna merah beserta sut berwarna kelabu dan oren. Sesuai dengan imejnya, Noor Casulink bekerja sebagai influencer di platform media sosial.

Hyper-Scape-Noor-1024×576 (1)

Untuk pengetahuan, Hyper Space merupakan sebuah permainan berkonsepkan battle royale berlatarbelakangkan tahun 2054 dimana para pemain berpeluang menggunakan senjata moden untuk bertempur.

Penampilan karakterkarakter Noor Casulink pastinya memmbuatkan gamer Malaysia berbangga serta tidak sabar untuk memainkan game ini. Hyper Scape dilaporkan masih belum dilancarkan sepenuhnya dan bakal ditawarkan menerusi platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Ketahui juga mengenai kisah wanita Australia yang telah memeluk Islam setelah berminat untuk mengahwini lelaki dari Malaysia.

Peluk Islam Selepas Main ‘Game Online’, Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Gaming Bed Ini Direka Khas Untuk ‘Gamers’ Yang Malas Bergerak

Sumber