Sehingga ke hari ini, pelbagai spekulasi tentang NFT terutamanya yang berbaur negatif setelah berlakunya kemerosotan pasaran NFT pada Januari 2022 yang merekodkan -97% penurunan berbanding tahun 2021.

Tahukah anda? NFT bukan sahaja menjual atau memiliki gambar atau seni dalam bentuk digital semata-mata, tetapi sebaliknya. Terima kasih kepada teknologi canggih ‘blockchain’, pelbagai-bagai faedah dan kebaikan berbanding keburukan yang boleh disumbangkan pada sesebuah perniagaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di alam NFT yang terkini lebih cenderung pada utiliti yang menguntungkan pembeli atau pemegang NFT sekian-sekian projek atau jenama. Terbaharu, vokalis kumpulan punk rock terkenal daripada band Hujan, Noh Salleh yang telah menubuhkan jenama fesyen, Hikari Riders selama hampir 5 tahun telah menjadikan tahun 2023 sebagai titik permulaan Hikari Riders untuk menceburi bidang ‘blockchain’.

Projek khas ini telah memperkenalkan sebuah sistem pas keahlian kepada peminat tegar jenama Hikari Riders, yang ingin dilabel sebagai Riot Kidz. Lebih menarik, Hikari Riders telah berkerjasama dengan developer blockchain daripada Summerscan yang berpengalaman dalam membangunkan projek Hikari Riot Pass ini.

Hasil kolaborasi antara Summerscan ini bakal menjadi game-changer kepada Hikari Riders dan secara tidak langsung, industri fesyen tempatan. Dengan jayanya, pada 28hb Januari yang lalu, acara perasmian Hikari Riot Pass bersama Noh Salleh dan barisan pengurusan projek yang terdiri daripada Arda, NoFuture, NeroOne, Raffiq, AmirKagawa, Jakz dan Bounz bersama 60 Riot Kidz turut hadir memeriahkan acara tersebut yang bertempatkan di Sanjuro Café.

Antara manfaat sebagai pemegang Hikari Riot Pass adalah penedahan percuma memfokuskan bidang kriptowang dan blockchain. Priority lane access sempena pengeluaran ekslusif merchandise Hikari Riders. Akses awal kepada gambaran merchandise yang bakal dikeluarkan. Jemputan ke acara khas untuk pemegang Hikari Riot Pass serta 5% diskaun pada semua barangan Hikari Riders.

Buat anda yang berminat dengan Hikari Riot Pass dan Hikari Wallet, anda boleh klik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut. Pastikan anda gunakan e-mel yang sama digunakan pada kedai dalam talian Hikari Riders.

Ikuti juga discord rasmi Hikari Riot Pass dengan klik di sini untuk menerima lebih banyak manfaat. Sementara itu, difahamkan pihak Hikari juga bakal menawarkan airdrop Hikari Riot Pass dalam masa terdekat.