Berjaya melancarkan telefon pintar flagship serba lengkap pada akhir tahun lalu, HUAWEI pada kali ini nampaknya bakal memperkenalkan sebuah lagi tablet memenuhi kehendak pengguna menerusi model HUAWEI MatePad 10.4.

Dari segi rekaan, model ini ditawarkan dengan skrin 10.4-inci 2K Full View Display dengan paparan melitupi 84% bahagian hadapan tablet. Anda pastinya tidak terlepas daripada video dan drama yang menarik dan sensasi menerusi penawaran aplikasi Mango TV, Stingray, Qello Concerts dan The Explorers.

y-two-mobile-huawei-matepad-10-4-free-lcd-protection-ytwomobile-2012-29-ytwomobile@75

Khusus buat mereka yang kerap multitask serta mahukan prestasi yang baik, HUAWEI MatePad 10.4 hadir dengan processor HiSilicon Kirin 820 dan 4GB RAM manakala ruang storan 128GB pula antara yang ditawarkan. Bagi memastikan pengguna menerima capaian WiFi yang lebih baik dan pantas, Huawei MatePad 10.4 turut dilengkapi dengan sokongan WiFi 6.

Seperkara lagi yang membuatkan kami teruja dengan HUAWEI MatePad 10.4 sudah pastinya adalah saiznya yang kompak. Hadir dengan berat 0.46kg beserta kapasiti bateri 7,250mAh membolehkan HUAWEI MatePad 10.4 menawarkan ketahanan bateri sehingga 12 jam penggunaan. Pengecasan selama 30 minit menggunakan USB-C membolehkan model ini memenuhi 30% kapasiti bateri.

gsmarena_002

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, audio bagi model ini turut disokong oleh kerjasama jenama Harmon Kardon.

Dikhabarkan HUAWEI MatePad 10.4 bakal dilancarkan dengan harga mampu milik buat para pengguna. Sekiranya anda mahukan tablet serba lengkap dengan harga yang berbaloi mungkin HUAWEI MatePad 10.4 antara yang boleh dipertimbangkan. Sama-sama kita nantikan kemunculannya 20 Mac ini.

Sebelum ini HUAWEI pernah melancarkan telefon pintar flagship tanpa servis daripada Google namun hadir dengan ciri serba lengkap iaitu Mate 40 Pro.

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

Jualan Telefon Pintar Merosot, Huawei Bercadang Untuk Ceburi Bidang Ternakan Babi