Umum tahu Thailand sememangnya popular dengan industri perlancongan. Malah sejak COVID-19 melanda, ekonomi Thailand dilaporkan menguncup berikutan kebergantungan kepada industri pelancongan yang tinggi.

Sebagai usaha untuk menarik perhatian pelancong serta mengambil kira situasi semasa, sebuah pusat penginapan yang popular di Phuket iaitu Anantara Phuket Suites & Villas tampil dengan inisiatif menawarkan pusat percutian mewah khusus buat mereka yang mahu kuarantin sepanjang dua minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Anantara_Layan_Phuket_Two_Bedroom_Layan_Pool_Villa_banner_image_20190808_banner_image
Sumber: Discovery Loyalty

Menawarkan villa yang berjarak antara satu sama lain beserta kolam renang persendirian antara yang menjadi idaman khususnya buat golongan elit yang mahu kuarantin sambil bermewah.

Dalam pada itu, segala usaha yang ditawarkan nampaknya gagal selepas resort ini didapati tidak mampu menarik perhatian pelancong sepanjang tiga bulan promosi dijalankan. Penurunan kadar pelancong yang memasuki Thailand antara yang membuatkan resort dan villa di Thailand terpaksa menanggung kerugian dan ditutup.

explore-patong-area
Bangla Road yang sebelum ini tidak pernah lengang dengan pelancong kini dilaporkan sunyi

Malah dilaporkan Phuket yang sebelum ini tidak pernah sunyi dengan orang ramai kini lengang meskipun di tempat tumpuan ramai seperti di pantai, resort dan kepulauan terdekat.

931 syarikat pelancongan ditutup

Places-to-visit-Patong-beach

Kehadiran COVID-19 nyata membuatkan orang ramai kehilangan kerja serta punca pendapatan. Sebagai rekod, Thailand berjaya meraih $60 bilion dalam bidang pelancongan daripada 40 juta pelancong iaitu sekitar 10% daripada pendapatan pelancongan dunia.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah setelah kehadiran COVID-19 di mana lebih 931 syarikat pelancongan di Thailand telah ditutup setakat tahun lalu. Difahamkan jumlah bisnes pelancongan yang ditutup dijangka lebih tinggi berikutan terdapat syarikat yang tidak mendaftar secara rasmi.

Sebelum ini, tinder mengumumkan kerjasama dengan kerajaan Thailand untuk menganjurkan percutian mencari jodoh.

Mahu Tarik Pelancong, Kerajaan Thailand Bekerjasama Dengan Tinder Anjur Percutian Cari Jodoh

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Sumber