Mulai memasuki arena penawaran komputer sejak pada tahun 2016, HUAWEI nampaknya semakin matang dalam menawarkan produk menepati citarasa pengguna memasuki tahun kelima.

Pada hari ini, HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengumumkan lima model daripada siri MateBook bakal ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih baik buat para pengguna.

ezgif-2-d3a541513c18

Seiring dengan misi HUAWEI dalam memperkasakan pengalaman AI Life serta strategi 1+8+N jemama ini dilihat tampil dengan spesifikasi yang lebih berbaloi untuk pengguna dapatkan menerusi penawaran 6GB RAM, WiFI-6 beserta paparan FullView Display.

Sama-sama kita nantikan kehadiran siri MateBook daripada Huawei yang menjadi pilihan ramai ini apabila mulai ditawarkan di pasaran bermula 19 April ini.

Sebelum ini, HUAWEI telah memperkenalkan HUAWEI Vision S di mana TV terbaru daripada HUAWEI ini tawarkan lebih banyak fungsi buat para pengguna.

Model TV Vision S Series Muncul Sebagai Produk Terbaru Dalam Ekosistem IoT HUAWEI

Tawarkan Lebih Banyak Perubahan, HUAWEI MatePad 10.4 Bakal Dilancarkan 20 Mac Ini