Setiap kali bulan Ramadan tiba, setiap umat Islam akan fokus untuk melakukan ibadah dan dapat dilihat dalam kalangan selebriti yang mulai memakai pakaian bertutup bagi menghormati bulan mulia ini.
Terbaharu, Janna Nick telah memuat naik beberapa keping gambar di Instagram miliknya menunjukkan dia bersenam yoga pada bulan puasa dan juga ciapannya juga bertanya apakah waktu sesuai bersenam kepada pengikutnya.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Akan tetapi, gambar-gambar yang dimuat naik oleh Janna menunjukkan dia berpakaian ketat dan juga tayang badan dengan aksi seksi ketika dia bersenam yoga.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen menunjukkan rasa kurang senang dan mengatakan pakaian yang dipakai oleh Janna tidak sopan untuk tatapan umum.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecamnya yang seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan apabila memuat naik gambar seperti itu dan turut menasihatinya.