Tayangan filem Black Widow, Mulan dan Fast and Furious 9 akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap wabak coronavirus.

Terdahulu, James Bond : No Time to Die telah diumumkan tangguh sehingga November ini. The Hollywood Reporter mendakwa bahawa Disney Studio bersedia untuk meneruskan apa yang telah mereka rancang untuk filem Mulan.

Menurut laporan, Mulan akan tetap dikeluarkan pada akhir bulan ini, manakala cerita Black Widow lakonan Scarlett Johansson mula ditayangkan pada bulan Mei ini. Fast and Furious atau F9 bakal mengikut jejak langkah Mulan dan Black Widow dengan meneruskan tayangan filem mereka pada bulan Mei nanti.

Penerbit filem James Bond, Michael G Wilson dan Barbara Broccoli mengesahkan bahawa filem terakhir Daniel Craig telah ditunda sehingga pada 12 November di UK dan 25 November di Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan, MGM dan Universal berkata: “Selepas pertimbangan yang teliti dan penilaian menyeluruh mengenai pasaran global, tayangan No Time to Die akan ditangguhkan sehingga November 2020.”

Untuk bacaan lanjut mengenai coronavirus, klik pautan di bawah.

Iran Kucar-Kacir, 23 Ahli Parlimen Diuji Positif Wabak Coronavirus

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

Bagaimana Dua Kes Coronavirus Cetus Situasi Panik Kepada 273.52 Juta Rakyat Indonesia?

Sumber