Sebelum ini filem Thor: Love and Thunder yang sepatutnya ditayangkan pada tarikh 7 Julai telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 21 Julai 2022.

Namun dalam perkembangan terkini, filem ini nampaknya akan terus ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak diketahui. Perkara ini disahkan oleh laman Facebook rasmi TGV Cinemas dalam satu perkongsian.

“Walt Disney Studios Malaysia telah mengesahkan bahawa tayangan filem Thor: Love and Thunder di Malaysia kini akan ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan. Nampaknya kita terpaksa menunggu lebih lama untuk menonton filem kesayangan daripada Disney ini,” tulis TGV Cinemas.

Tidak dinyatakan secara lanjut mengapa filem ini ditunda. Namun peminat membuat andaian ia berkemungkinan disebabkan satu adegan dalam filem tersebut.

Thor: Love And Thunder sudah ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Bagi peminat tegar Marvel, ada yang sanggup untuk ke Singapura bagi menonton filem ini di pawagam kerana tidak sabar menunggu tempoh 2 minggu ia ditunda.

Nampaknya peminat di Malaysia perlu menunggu lebih lama untuk filem ini ditayangkan di pawagam. Atau ada kemungkinan ia tidak terus ditayangkan di Malaysia?

Sebelum ini, filem animasi Lightyear tidak ditayangkan di Malaysia kerana pihak pengedar tidak mahu memotong adegan yang kontroversi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengedar Filem Batalkan Tayangan ‘Lightyear’ Di Malaysia Selepas Diarah Potong Adegan Promosi LGBT

Yayan Ruhian Hampir Tidak Muncul Dalam John Wick 3 Kerana Hormati Jadual ‘Shooting’ Mat Kilau

Syarikat Rakaman Malaysia Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Kena ‘Banned’ Oleh YouTube