Kalau anda sedang menantikan filem yang padat dengan komedi dan aksi di pawagam, filem Logan Lucky ini untuk anda. Pengarah Steven Soderbergh, yang sebelum ini berjaya dengan filem epik Ocean’s 11 dan Ocean’s 12 pasti akan mengekalkan sentuhan magiknya untuk filem ini.

Filem ini mengisahkan Jimmy (Channing Tatum) dan adiknya Clyde Logan (Adam Driver) yang ingin merancang satu rompakan besar ketika perlumbaan Coca Coca 600 di Charlotte Motor Speedway. Misi ini tidak boleh dijalankan berdua dan mereka merekrut Joe Bang (Daniel Craig), seorang pakar letupan untuk bersama-sama menjayakan rompakan ini.

Filem ini ada Channing Tatum, Adam Driver dan Daniel Craig. Apa lagi anda mahu? Daniel Craig pula dalam filem ini akan membawa watak yang sangat berlainan berbanding watak Bond beliau yang sentiasa cool dan handsome.

Berita baik untuk anda sebab Vocket ada 20 pasang tiket untuk ke tayangan perdana (6 September 2017), 2 helai t-shirt dan satu toiletries bag edisi khas filem Logan Lucky ini! Anda hanya perlu menjawab soalan dan slogan pada ruangan di bawah.

040 black
Beg kelengkapan peribadi rasmi ‘Logan Lucky’
Print
T-Shirt Rasmi ‘Logan Lucky’

Syarat Penyertaan
1. Ikuti laman FB TGV Pictures dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #LoganLuckyMy pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 September 2017 8.00 malam (Sabtu). Pemenang akan dihubungi pada 3 September 2017 (Ahad).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Tayangan perdana ini akan berlangsung pada 6 September 2017 pada jam 9.15 malam di TGV Cinemas 1 Utama.

Logan Lucky akan berada di pawagam 7 September 2017 ini. Let’s get Lucky!