Sebuah trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah trak Mack milik keluarga Diraja Johor dengan dua kereta, lapor Harian Metro.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu disyaki berlaku apabila trak yang sedang bergerak dari arah utara lebuh raya itu pecah tayar secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun pemandu trak tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Pada 10 Januari 2016, trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Trak raksasa yang dipercayai mencecah RM1.4 juta itu dikesan oleh penunggang motosikal yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar dan video.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber