Selalunya apabila memiliki kereta baharu dalam tempoh awal beberapa bulan, sudah pasti  pemilik langsung tidak risau kerana masalah besar jarang sangat berlaku.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila tayar kereta Proton Iriz Active miliknya yang baru baru berusia dua bulan secara tiba-tiba pecah di lebuh raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut wanita tersebut, kereta tersebut baru diambil pada bulan Mac lalu. Sewaktu kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi, tayar kereta Proton Iriz yang dipandunya ketika itu pecah secara tiba-tiba. Lebih menghairankan lagi, tiada paku atau benda tajam yang ‘mencucuk’ pada tayar kanan belakang keretanya.

https://www.tiktok.com/@afiqah.azmi/video/7099392106057321754

Wanita itu turut menegaskan dia tidak pernah terlanggar atau bergesel dengan apa-apa sepanjang dia memandu kereta itu. Tambahnya lagi, pihak Proton telah membuat pemeriksaan pada tayar dan akan melanjutkan isu tersebut kepada vendor.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa ‘naik angin’ apabila ibu pejabat Proton telah memintanya untuk pergi ke sana-sini, namun masalahnya tetap juga masih belum selesai.

“Saya beli kereta jenama itu (Proton), jadi jenama itulah kena bertanggungjawablah. Bukan begitu?” soal pemilik Proton Iriz Active terbabit.

Wanita itu turut mendakwa pihak Proton ada menyatakan perkara seperti ini juga pernah berlaku pada model Saga, bagaimanapun ia sangat jarang berlaku.

Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi

Hantaran video tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mempertikaikan dakwaan yang dilontarkan oleh wanita itu di mana pihak Proton perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden terbabit.

Tambah netizen lagi, berdasarkan gambar dan video yang dikongsikan, ramai yang bersependapat bahawa tayar tersebut ‘meletup’ bukan disebabkan terkena benda tajam.

Sebaliknya ia terjadi akibat tayar itu sudah kurang angin pada waktu kejadian. Boleh jadi sebelum ini tayarnya mungkin pernah bergesel sehingga mengakibatkan kekurangan angin.

Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi
Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi
Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi
Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi
Sumber Gambar: TikTok @afiqah.azmi

Dalam salah satu komen yang dikongsikan, wanita tersebut menjelaskan video itu dimuat naik kerana dia berasa sangat kecewa dan marah oleh kerana sudah terima banyak ‘arahan’ daripada jenama kereta terbabit, namun penyelesaian untuk masalahnya masih menemui jalan buntu.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini seorang pemilik Proton X70 terpaksa membiarkan SUV miliknya berhabuk apabila mendakwa breknya gagal berfungsi dengan baik. Tonton video tersebut melalui pautan di bawah.

Rakaman Video Brek Proton X70 Gagal Berfungsi Cetus Kerisauan Netizen

Kelam-Kabut ‘Menyelit’ Semasa Trafik Sesak, Proton X50 Terbalik Selepas Langgar Belakang Ativa

Pandu Kereta Pelanggan Sehingga Enjin Rosak, Tindakan Bengkel Ini Undang Kemarahan Pemilik Preve

Sumber