Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Masih ingat filem sci-fi Snowpiercer lakonan Chris Evans pada tahun 2013? Snowpiercer merupakan filem yang dihasilkan berdasarkan novel grafik oleh Jacques Lob, Benjamin Legrand dam Jean-Marc Rochette, ‘Le Transperceneige’.

Nampaknya stesyen TBS Network akan menayangkan versi TV pula untuk karya unik ini. TBS telah mengeluarkan teaser di Twitter tentang siri ini dan kemungkinan besar akan dipertontonkan secara rasmi di San Diego Comic-Con. Adaptasi untuk siri TV adalah berlainan daripada vers filem dan novel tetapi pihak produksi percaya, siri ini akan tetap hebat dan mengujakan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sedikit sinopis untuk siri TV Snowpiercer. Selepas bumi menjadi sejuk beku, populasi bumi yang tinggal hanya hidup di dalam kereta api sahaja. Tetapi di dalam kereta api ini, setiap individu akan dikelaskan mengikut kasta di mana yang kaya akan hidup senang di depan dan yang susah akan hidup merana di belakang.

Disebabkan ianya tidak berkait dengan siri filem, jangan berharap untuk melihat Chris Evans kembali untuk memegang watak beliau dalam siri ini. Snowpiercer akan ditayangkan pertengahan tahun hadapan di TBS Network.

Anda Mungkin Suka