Syarikat minuman bubble tea tempatan, Tealive bakal membuka 10 cawangan di China tahun ini. Pembukaan cawangan tersebut ialah hasil kerjasama dengan dua buah syarikat tempatan iaitu Zhejiang Boduo International Trade dan Shanghai Panfei International Trade tahun lepas.

Menurut pengarah Loob Holdings, syarikatnya merancang untuk membuka sebanyak 500 cawangan Tealive di negara tembok besar tersebut dalam masa 3 tahun. Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa pelancaran cawangan baharu Tealive di Shanghai 2 hari lalu. Pada bulan November, Tealive telah telah membuka dua cawangan di China, satu cawangan di India, Australia dan Vietnam.

Outlet flagship kedua Tealive dijangka akan dibuka di Hangzhou dalam masa dua bulan akan datang. Setakat ini Tealive mempunyai 228 outlet di Malaysia, Vietnam dan Australia.

Sumber