Tealive tampil dengan 3 minuman edisi khas yang cukup unik untuk anda sempena ‘Tealive Breakthrough Moment’. Minuman baharu yang bakal dijual ini adalah teh susu yang ditambah dengan cili, telur asin dan kayu manis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mencuba minuman yang unik ini, anda hanya boleh membelinya semasa sesi Tealive Breakthrough Moments yang akan diadakan di Mid Valley Megamall pada 13 hingga 17 Mac 2019 sahaja.

Pastinya anda tertanya-tanya apa agaknya rasa minuman dengan kombinasi perisa ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasa minuman tersebut tidak lama lagi kerana ianya hanya dijual dalam tempoh masa terhad.