Nampaknya syarikat yang menawarkan minuman menyegarkan buat orang ramai iaitu Tealive bakal melebarkan ke sayap ke negara India.

Berdasarkan perancangan yang diumumkan, Loob Holding bercadang untuk membuka 140 cawangan pada tiga bandar utama negara tersebut iaitu New Delhi, Mumbai dan Bangalore dalam tempoh lima tahun ini. Syarikat ini turut mensasarkan pembukaan sebanyak 15 cawangan pada tahun pertama dimana cawangan pertama bakal dibuka seawal Ogos ini.

31793597_384629952017130_8044443453003661312_n

Mengulas mengenai pemilihan India sebagai negara untuk melebarkan sayap, Bryan Loo berpendapat India merupakan negara yang strategik memandangkan tabiat pengguna yang gemar meminum teh. Penawaran Tealive sekaligus bakal membawa pembaharuan buat pengguna di negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Vietnam merupakan negara diluar Malaysia yang mula menerima Tealive, diikuti dengan India dan difahamkan Australia bakal menjadi negara ketiga dimana cawangan Tealive bakal dibuka selepas ini.

[caption id="attachment_147475" align="alignnone" width="960"] Sumber: Tealive Sungai Long[/caption]

Pelan pengumuman ini dibuat sejurus Loob Holding menandatangani kerjasama bersama World Iconic Brands Hospitalivity Pvt Ltd (WIB). Sebuah syarikat yang mahir dalam pembentukan dan pengurusan cawangan yang pelbagai di dalam sesebuah negara.

Setakat ini bagi pasaran Malaysia, Tealive sudahpun berjaya membuka 175 cawangan dengan jumlah pelanggan seramai 2.5 juta sebulan. Tahniah Loob Holding!