Syarikat Loob Holdings yang menawarkan minuman bubble tea Tealive secara rasminya telah melancarkan cawangan Tealive pertama mereka di Manchester, UK.

Pelancaran cawangan mereka di persada antarabangsa ini merupakan langkah kecil untuk menjadi sebahagian daripada salah satu jenama Malaysia yang berjaya menembusi perniagaan di pasaran antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak mereka juga merancang untuk mengembangkan lagi jenama mereka dengan membuka cawangan mereka ke enam buah negara lagi pada tahun ini.

Syarikat minuman tersebut juga turut dalam perancangan untuk membuka cawangan kedua mereka di London pada tahun ini dan dijangka bakal membuka lima buah kedai pada tahun pertama operasi di London.

Untuk pengetahuan anda, Tealive kini telah mempunyai lebih daripada 250 cawangan di Malaysia dengan 3 juta pelanggan pada setiap bulan.

Baca lagi: Tealive Sedia Memasuki Pasaran Saham Dengan Nilai RM300 Juta