Pada permulaannya, ‘bubble tea’ Tealive Malaysia mungkin agak huru-hara pada peringkat awal ianya diperkenalkan namun kini jenama Tealive di Malaysia sudah bersedia untuk menguasai pasaran dunia.

Jenama Tealive tersebut mula diperkenalkan setelah percubaan undang-undang berprofil tinggi antara syarikat induk Loob Holding dan francais Taiwan Chatime pada 2017 dan ianya dinamakan semula daripada 161 kedai Chatime yang sebelum ini dioperasikan menjadi kedai Tealive yang baru oleh Loob Holding.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
42162165_164780087805375_3374970748802940445_n
Sumber: Picdeer

Tealive kini mempunyai lebih daripada 200 cawangan di pasaran Malaysia dimana para kakitangan Tealive harus melayani kira-kira 2 juta pelanggan setiap bulan, manakala tujuh lagi cawangan di Vietnam, dua di China dan satu di Australia. 70 peratus daripada cawangan ini dimiliki oleh Loob Holding manakala 30 peratus lagi dikendalikan oleh francaisi.

Perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan jenama Tealive di negara luar ini akan melibatkan lebih 1 000 pembukaan cawangan, sekurang-kurangnya 15 negara menjelang akhir tahun hadapan dan ianya dikatakan separuh daripada cawangan tersebut akan dibuka di China. Manakala, sebanyak lebih daripada 150 cawangan pula akan dibuka di India menjelang tahun 2024.

b15c
Sumber: Says

Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Loo berkata perkara itu masih berada di tahap perbincangan kerana syarikat itu tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk mengekalkan sebarang pengembangan yang agresif kerana kos mengembangkan lebih 200 cawangan di Malaysia sahaja telah mencecah kira kira RM400,000, inikan pula kos membuka cawangan di luar negara.

Oleh itu, Loo telah menilai dari sudut lain untuk memanfaatkan modal di pasaran untuk membiayai pengembangan dan ianya juga akan bergantung kepada sokongan daripada bank dan rakan perniagaan.