Perseteruan antara dua syarikat yang terkenal dengan minuma bubble tea ini masih belum berakhir. Terbaru pihak Tealive pula mengemukakan saman terhadap Chatime atas isu memfitnah.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings Bryan Loo, pihak Chatime tidak mengemukakan apa-apa tindakan undang-undang setelah pihak tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah mengeluarkan surat saman atas kenyataan “Tealive ganti Chatime” oleh pihak Loob Holdings.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu pihak Loob Holdings mengambil tindakan undang-undang atas sebab fitnah. Tambahnya lagi tindakan tersebut diambil untuk menjaga imej,kepentingan dan reputasi syarikatnya.

Menurut beliau lagi apa yang terjadi sebenarnya ialah Chatime diberi penjenamaan semula setelah franchisor Chatime iaitu La Kaffa International Co. menamatkan kontrak induk francais dengan Loob Holdings disebabkan berlakunya ketidaksefahaman antara dua syarikat tersebut. Loob kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat penjenamaan semula semua outletnya di bawah jenama Tealive.