Sebut mengenai Tealive pasti ramai yang cukup tahu. Terbaru, Tealive dibawah syarikat Loob Holding Sdn Bhd mengumumkan hasrat untuk memasuki pasaran saham dengan nilai mencecah RM300 juta.

Setakat ini, syarikat ini sudahpun berjaya membuka cawangan ke-250 serta dalam perancangan untuk membuka lebih 500 cawangan di China menjelang 2022.

Sumber: investcyberjaya

Perancangan untuk memasuki pasaran saham ini masih lagi dalam perbincangan setakat ini. Untuk pengetahuan, Loob Holding turut mempunyai francais lain selain daripada Tealive yang terdiri daripada Ko Ko Kai dan Define Food. Pastinya dengan peningkatan pelaburan yang diterima bakal memberi peluang buat Tealive melebarkan sayapnya ke beberapa buah negara yang lain.

Sumber