Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan pastinya ramai yang sudah berasa bosan di rumah serta teringin untuk keluar nikmati pelbagai makanan dan minuman di luar, bukan?

Pastinya ada daripada anda yang teringin untuk nikmati minuman menyegarkan dari Tealive dan berita ini pasti buat anda tersenyum gembira. Terbaharu, Tealive tampil perkenalkan My Bubble Tea Kit khas buat anda penggemar minuman teh boba Tealive.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Jika anda membeli set teh boba ini, anda mampu menikmati minuman kegemaran anda di rumah bila-bila masa dengan membuat sendiri menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam set tersebut.

Difahamkan, My Bubble Tea Kit ini hadir dengan 4 pilihan perisa iaitu Nishio Matcha (75g) + Hojicha (75g), Nishio Matcha (75g) + serbuk koko (250g), Hojicha (75g) + serbuk (250g), dan 2 pek serbuk koko (250g).

Malah, anda juga akan dapat 1kg pearls, gula perang, 3 paket susu Milklab UHT dan 20 straw kertas. Anda tidak perlu risau, setiap pembelian akan disertakan dengan resipi untuk membuat minuman kegemaran anda juga.

Anda yang berminat untuk membeli My Bubble Tea Kit ini, anda boleh beli secara atas talian dengan harga RM150 sahaja. Untuk pengetahuan anda, set teh boba ini boleh menyediakan dalam 20 hingga 25 cawan teh boba.

Apa tunggu lagi? Dapatkan segera set membuat teh boba ini sebelum kehabisan stok.

Anda tidak tahu ingin buat apa di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

6 Aktiviti Bermanfaat Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Resipi Boba ‘Fresh’ Viral Anda Boleh Cuba Di Rumah

Ketahui Resipi Roti Gebu Yang Mudah Dibuat Sendiri Dengan Hanya Bermodalkan RM5

Anda Mungkin Suka