Keseluruhan Avengers 4 telah tamat penggambaran menurut pengarahnya, Anthony dan Joe Russo. Selepas Chris Evans berkongsi berita ini mungkin penggambaran terakhir beliau sebagai Captain America, Russo Brothers pula berkongsikan gambar ini sebagai tanda Avengers 4 sudah tamat penggambaran.

https://twitter.com/Russo_Brothers/status/1050957806248054785

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya gambar teaser ini sekali lagi menjadi perdebatan peminat apabila peminat mula membuat pelbagai andaian berkenaan gambar ini. Ianya hanya gambar cahaya dan andaian paling menarik setakat in adalah ianya cahaya yang tehasil daripada proton cannon milik War Machine.

Kalau anda pernah bermain permainan video Marvel vs Capcom, senjata proton cannon ini adalah senjata terkuat War Machine untuk menumpaskan musuh. Mungkinkah proton cannon ini senjata yang akan membunuh Thanos? Itu kita tunggu tahun hadapan.