Selepas berjaya dengan filem PASKAL, penerbit Astro Shaw dan pengarah Adrian Teh bakal meneruskan untuk menghasilkan sebuah filem pecah panggung bertajuk WIRA. Filem berunsur aksi ini turut dihiasi dengan barisan pelakon ternama seperti Hairul Azreen, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. Paling menarik, filem ini turut menampilkan  Yayan Ruhian yang telah menjayakan filem The Raid. Tonton teaser filem WIRA ini.