Meremang dah rasa tak sabar apabila muncul berita ini. Buat peminat setia Marvel Cinematic Universe, Marvel telah mengeluarkan teaser penting untuk Infinity War ini. Klip yang dikeluarkan Marvel ini dimulakan dengan cerita setiap Infinity Stones dan semestinya watak yang akan mencari batu-batu ini, Thanos.

Untuk pengetahuan anda, Infinity Stones yang pertama ditemui dalam filem Captain America: The First Avenger iaitu Tesseract dan kemudiannya ditemui dalam filem-filem Marvel yang lain seperti Thor, Guardians Of The Galaxy dan Doctor Strange. Cuba teka, Infinity Stones terakhir ada pada siapa sebelum Infinity War ini? Jawapannya akan muncul dalam filem Thor: Ragnarok nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam klip ini juga, Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Pratt (Star-Lord) dan Tom Holland (Spider-Man) turut memberi pandangan dan sepatah dua kata mereka tentang Infinity War ini. Nampak tak pentingnya watak Spider-Man dalam MCU ini? Mereka bernasib baik Sony Pictures memberi izin untuk Spider-Man digunakan dalam MCU. Kalau tak agak bosanlah jika Spider-Man tak ada. Dah dipadankan lagi dengan Star-Lord, mesti makin hebat Infinity War ini nanti.

Kevin Feige, presiden Marvel Studios dan orang kuat di belakang MCU ini berkata Infinity War ini akan menyatukan semua filem Marvel sebelum ini. “Avengers: Infinity War adalah produk yang terhasil dari gabungan filem-filem Marvel yang kami keluarkan sejak 2008. Dalam Infinity War nanti anda akan nampak kesinambungan setiap filem Marvel dan bagaimana filem-filem ini connected to each other,” kata Feige.

Kalau sebelum ini Ultron pun sudah hebat, penjahat terbaru Avengers, Thanos akan lebih hebat berbanding musuh-musuh Avengers sebelum ini. Avengers: Infinity War akan berada di pasaran 4 Mei 2018. Dah tak sabar untuk Avengers. Tetapi tahun ini wajib untuk tonton Guardians Of The Galaxy Vol.2 dan Thor: Ragnarok. Dalam dua filem ini pastinya akan ada teaser yang lebih untuk Infinity War.

Sebelum tu, layan dahulu klip penuh berkenaan Infinity War ini dibawah. Nampak benar Marvel memang bersungguh dalam menghasilkan MCU ini untuk kepuasan peminat franchise Marvel.Can’t wait!