Sekiranya anda sedang tertunggu-tunggu bila masanya Lazada bakal mengadakan promosi khusus buat pencinta gadget, inilah waktunya. Dengan penawaran diskaun sehingga 80%, ternyata pelbagai pilihan yang tersedia buat para pengguna.

Bagi memudahkan ‘kerja shopping’ anda, kami turut menyenaraikan 7 barangan berbaloi anda dapatkan sempena Tech-Sories Fair yang dilakukan Lazada. Berikut merupakan antaranya ditawarkan.

1. Xiaomi Mi Band 2

Mungkin bukan gadget terbaru, namun dengan penawaran harga dibawah RM100, Xiaomi Mi Band 2 terus kekal releven pada pendapat kami. Seperti juga smart wristband yang lain, fungsi-fungsi untuk mengecek nadi dan gabungan bersama aplikasi Mi Fit yang tersedia.

Lebih menarik, Xiaomi Mi Band 2 turut ditawarkan dengan pelbagai strap menarik buat para pengguna. Jika anda seorang yang lebih selesa dengan material premium, wristband jenis stainless stell mungkin antara yang membuatkan anda berminat. Dapatkannya di sini dengan harga promosi terhad.

2. VR Box II

Seperti yang mungkin ramai daripada anda sudah tahu, produk ini bukanlah produk yang baru. Walaubagaimanapun, buat yang belum pernah mencuba harga serendah RM11 seperti yang ditawarkan ketika ini mungkin membuatkan anda ingin mencuba produk VR ini.

Selepas dapat, jangan lupa tonton video ini bersama VR Box anda.

https://www.youtube.com/watch?v=5gF4tyf-zVo

3. JBL Go Portable Bluetooth Speaker

JBL sememangnya jenama yang tidak asing lagi di dalam arena audio. Dari segi populariti, mungkin jenama ini sedikit terkebelakang berbanding beberapa jenama popular seperti Beats Electronics.

Memfokuskan kepada kualiti, kali ini anda boleh dapatkan JBL telah mengeluarkan model portable speaker. Memang sesuai sangat buat anda yang mahu gunakan ketika roadtrip atau enjoy bersama-sama rakan anda.

Dari segi prestasi, lihat sahaja review yang ditulis oleh para pembeli di sini. Hampir Kesemuanya sangat berpuas hati dengan produk ini baik dari prestasi mahupun harganya. Oh ya, pengguna turut berpeluang untuk memilih lebih 5 warna yang ditawarkan.

4. JBL T210

Sekali lihat, memang rekaannya yang moden mungkin bakal membuatkan anda berminat untuk mendapatkan JBL T210 ini dengan gabungan warna hitam dan oren.

Selain ditawarkan dengan harga diskaun, JBL T210 ini turut diperakui audiophile dimana earphone ini sebagai earphone paling berbaloi anda boleh dapatkan dengan harga di bawah RM80. Jika kualiti bass dan rekaan yang menarik menjadi ukuran anda untuk mendapatkan earphone, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan JBL T210 ini.

5.  Google Chromecast 2

Buat yang sedang mencari altenatif daripada langganan channel berbayar setiap bulan, mendapatkan Google Chromecast antara yang anda perlukan.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya perlu masukkan Google Chromecast 2 pada slot USB pada TV anda, dan segala akses multimedia yang tersedia pada Google Chromecast bakal tersedia terus daripada TV anda. Aplikasi Netflix, YouTube dan sebagaianya semuanya tersedia dengan peranti yang ditawarkan dengan harga sale ini.

Baca lagi: Tonton TV Streaming Berkos Rendah Menggunakan Netflix Dan Chromecast

6. SanDisk Ultra Fit

Jika anda sedang perlukan sebuah pendrive yang lebih portable berbanding sebelum ini, SanDisk Ultra Fit mungkin antara yang anda perlukan.

Setakat pemerhatian kami, ini mungkin pendrive paling minimalis pernah dibuat setakat ini. Bermula dengan storan 16 GB, San Disk Ultra Fit turut menawarkan sehingga kapasiti 128 GB. Klik di sini untuk lihat senarai harga model comel ini.

7. Sony PlayStation 4

Barangan paling premium di dalam senarai sempena ‘Tech-Sories Fair’. Dalam pada itu, Sony PlayStation 4 juga juga merupakan barangan yang kini ditawarkan dengan sale tertinggi ketika ini.

Penawaran harga yang rendah serta mendadak dengan banyak berbanding beberapa bulan yang lepas antara sebab PS4 sekali lagi tersenarai sebagai gadget berbaloi anda dapatkan ketika ini.

Anda boleh klik di sini untuk melihat harga terbaru PS4 yang sedang dijual dengan harga sale ketika ini. Jika anda masih ragu-ragu atau berpendapat adakah masih releven untuk mendapatkan Sony PS4, mungkin artikel ini bakal membantu menyelesaikan masalah anda.